Lupakan Jejak-jejak Kita
![]() |
| *Credit |
Aku mahu menghilangkan jejakmu di hidupku.
Atau setidaknya jejakku di hidupmu.
Jika saja masa bisa diputarkan kembali,
aku hanya mahu meninggalkan kenangan-kenangan
yang indah sahaja untukmu.
Maaf, jika mengenang tentangku
hanya mengingatkanmu pada hal-hal yang menyakitkan.
Dan maaf, jika hal terakhir yang aku tinggalkan untukmu
hanyalah luka yang mungkin sahaja menyisakan parut lebar.
Aku harap kau baik-baik sahaja.
Bahagia dan melupakan semua tentangku, tentang kita.
Meskipun melupakan kenangan-kenangan lalu
bukanlah suatu hal yang mudah.
***
Kau di usia lima belas tahun mengatakan bahawa aku punya sepasang mata yang indah.
Dan terima kasih, kau membuat zaman remajaku bagaikan pelangi dengan warna sempurna.



Comments
Post a Comment