Episod Dua
![]() |
| *Credit |
Aku pernah merasa mahu melawan takdir
merasa perasaan ini adalah benar apa adanya.
Aku pernah merasa bahawa cinta itu
adalah tentang seberapa lama
aku bertahan menyimpan rasa padamu.
Tetapi masa berkata lain.
Ia membuatku menemukan jalan yang lain.
Di saat kau tidak berganjak dari rasa ragumu
untuk mendekatiku,
aku sedar bahawa punya perasaan yang sama
tidak pernah cukup untuk melawan takdir.
Lalu sesaat, hanya sesaat itu dia mendekatiku.
Tanpa ragu dia menghulurkan masa depan.
Dan aku tidak mungkin menolaknya,
kerana untuk pertama kalinya
aku merasa Tuhan sedang menjawab
segala pertanyaanku tentang kita.
***
Once upon a time, I feel like I'm living in your timeline.
But not anymore.



beautiful as always! ;)
ReplyDelete😘❤
Delete