Enam Belas Bulan


Cinta dari kaca mata seorang aku adalah,

mencintaimu dan mencintai segala sesuatu yang kamu cintai.


Aku perlahan-lahan mencuba mengenalmu,

mempelajari semua tentangmu.

Aku mula beradaptasi dengan kebiasaan-kebiasaanmu yang bukan bahagian dariku.

Aku mula menyukai hawa pagi yang dingin-dingin manja berserta

mentari pagi yang perlahan-lahan mencuri pandang.

Aku mengikuti jam tidur malammu saat kamu disisi namun, kembali 

pada kebiasaan tidur lewat saat kamu jauh. Lucu bukan?

Kebiasaan bukan suatu yang mudah dirubah, sayangku.


Aku juga belajar menyayangi keluargamu.

Menjadikan mereka bahagian dari aku dan menyimpan mereka di hati.

Meletakkan mereka sebagai bahagian dari prioritiku.

Dan aku merasa tenang dengan itu.


Aku menghormati kegemaranmu yang sukakan durian,

meski aku tidak terlalu menyukainya.

Mencintaimu tidak bermaksud aku perlu merubah siapa aku bukan?

Kita hanya perlu sedikit bertoleransi.


Masih tidak sempurna, kamu dan aku. Perjalanan kita masih panjang.

Aku masih mahu bersenang-senang menikmati apa yang kita punya,

sambil terus mempelajari kamu dan melihatmu tumbuh setiap harinya.

Oh ya, selamat enam belas bulan cintaku.







***

Kakak-kakak ipar sayang, terima kasih untuk kek gelasnya :)

Comments