Lima Oktober
Untuk menggambarkan sebuah hidup
dengan kamu di dalamnya, itu tidak mudah.
Seperti mana menggambarkan bahagia
dengan sebuah senyuman, tidak akan pernah cukup.
Aku bahagia.
Saat aku mampu menatap kedalam matamu
tanpa merasa perlu menghindar,
saat bisa tertawa bebas di hadapanmu,
saat menyentuh lembut rambut hitammu,
saat mendengar bebelmu yang mengingatkanku
bahawa kita bukan ilusi,
saat tanganku kau genggam erat
dan aku merasa selamat di sisimu,
dan hal-hal kecil lainnya
yang kau lakukan, pria manisku.
Dan aku masih sahaja bahagia.
Meski kita punya ruang beradu bicara
yang terasa tinggi peratusnya,
meski aku selalu merasakan perasaan haru biru
yang terasa asing sekali,
meski berkali-kali aku mengusap pipi basahku
kerana ditakdirkan menjadi wanita yang lembut hatinya,
meski jalan di hadapan sana
masih sahaja kabur,
dan hal-hal kecil lainnya,
yang selalu sahaja menguji kita.
Mungkin kerana bahagia adalah soalnya hati,
dan hidup selalu penuh dengan kejutan-kejutan
yang terkadang membuat girang tetapi juga menyebalkan.
Bahagia benar-benar aneh bukan?
yang selalu sahaja menguji kita.
Mungkin kerana bahagia adalah soalnya hati,
dan hidup selalu penuh dengan kejutan-kejutan
yang terkadang membuat girang tetapi juga menyebalkan.
Bahagia benar-benar aneh bukan?
***
Tuhan, terima kasih kerana sudah begitu baik padaku, pada kami.



Comments
Post a Comment