Hari Ini
Di hari ini
Kalau aku boleh jujur,
aku mencintaimu sedetik lebih.
Lebih dari hari-hari kelmarin.
Meski mencintaimu jelas tidak semudah
kata-kata manja yang terucap di bibir.
Kita, berdiri di dalam realiti
yang keras menampar angan.
Mengajar kita bahawa cinta itu
memerlukan masa untuk dibuktikan benarnya.
Mencintaimu sesuatu yang tidak mudah untuk aku jalani,
aku jelas meletakkan rasa takut pada suatu yang tidak pasti duduknya.
Kerana aku mungkin sahaja kehilangan diriku di dalamnya.
Tetapi aku juga tahu,
mencintaiku bukan hal yang mudah.
Yang serba tidak pasti.
Tetapi,
untuk hari ini,
aku hanya mahu mencintaimu.
***
Di hari ini,
aku memilih untuk menikmati perasaan yang keliru ini.



Comments
Post a Comment