Rindu
![]() |
| *Credit |
Rindu itu selalu seperti hujan
datang begitu sahaja
meninggalkan jejak basah
tanda ia pernah di situ
kadang-kadang juga seperti bunga api
letusannya sunyi di dalam hati
tetapi diam-diam membuat teruja jiwa
rindu itu kadangkala manisnya menyengat
tanpa sedar bibir sudah senyum lebar
mata menyuratkan bahagia
dan dunia dengan sendirinya berbisik-bisik
bahawa sedang ada jiwa yang merindu saat ini
tetapi cuba merahsiakan perasaan
yang sebenarnya jelas terlihat.
***
Aku menulis dan berharap ini sampai kepadamu.
Rindu itu selalu seperti hujan
datang begitu sahaja
meninggalkan jejak basah
tanda ia pernah di situ
kadang-kadang juga seperti bunga api
letusannya sunyi di dalam hati
tetapi diam-diam membuat teruja jiwa
rindu itu kadangkala manisnya menyengat
tanpa sedar bibir sudah senyum lebar
mata menyuratkan bahagia
dan dunia dengan sendirinya berbisik-bisik
bahawa sedang ada jiwa yang merindu saat ini
tetapi cuba merahsiakan perasaan
yang sebenarnya jelas terlihat.
***
Aku menulis dan berharap ini sampai kepadamu.



Comments
Post a Comment