Sesederhana Itu
Aku mencintai kamu sesederhana itu
mencintai senyummu yang membahagiakan
mencintai perhubungan kita yang seperti ini
jauh di mata
tetapi khabarmu tetap sampai kepadaku.
Sesederhana itu, aku mencintaimu
yang tidak pernah sempurna,
jelas kerana kita manusia biasa.
Sesederhana itu, aku mencintaimu
yang selalu sudi mendengarkan aku sehingga akhir kisah
tanpa pertimbangan berat sebelah
dan meski aku yang bersalah
kau tetap memihak padaku.
***
Aku mencintaimu sesederhana itu :)



Comments
Post a Comment